Faktor
pengangguran dalam kalangan siswazah
a) Individu
1.
Pengalaman
Jika
tiada pengalaman memang sukar untuk mendapat pekerjaan. Ramai majiakn, terutama
dalam sektor swasta lebih cenderung untuk mengutamakan calon memiliki
pengalaman bekerja berbanding graduan berkelulusan tinggi tetapi hanya
berpengalaman dari segi teori. Pada graduan tidak perlu hanya memilih faktor
gaji kerana pengalaman lebih penting untuk masa depan.
2.
Kemahiran
komunikasi
Memetik
kata-kata Datuk Maznah Hamid,” jika dari segi akademik, individu itu hebat,
namun lemah dari aspeks komunikasi , dia tetap tidak akan membantu kejayaan individu
itu. Justeru kemahiran komunikasi perlu dikuasai. Majikan tidak akan melihat
gred A yang ada pada ijazah tetapi cara seseorang individu itu berkomunikasi.
Kemahiran komunikasi yang bagus dapat menyakinkan seseorang.
3.
Lemah
dalam Bahasa Inggeris
Ramai
lepasan siswazah tidak dapat menguasai banyak bahasa khususnya bahasa
antarabangsa atau Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris penting dalam era
globalisasi, liberalisasi dagang dan asakan teknologi maklumat (ICT) hari ini.
Kita memerlukan graduan yang bukan sahaja mempunyai keyakinan diri,
berpandangan jauh dan kepetahan bercakap atau berkomunikasi. Oleh itu, para
majikan akan mengambil pekerja berdasarkan kelebihan mereka menguasai Bahasa
Inggeris kerana banyak syarikat menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi.
4.
Sikap
memilih kerja
Ramai
siswazah sekarang terlalu memilih pekerjaan. Jawatan yang hendak dimohon
mestilah jawatan yang tinggi di dalam syarikat. Sebagai contoh jawatan pengurus
besar yang layak dengan ijazah yang mereka miliki. Apabila tiada kekosongan
dalam jawatan, maka mereka lebih rela menjadi penganggur daripada melakukan
kerja yang tidak setaraf atau sepadan dengan ijazah yang mereka miliki. Mereka
tidak mahu dan malu untuk melakukan pekerjaan yang bermula dari bawah. Tiada
pengurus mendapat pekerjaan sebaik tamat belajar sebaliknya ramai bermula dari
bawah untuk mengumpul pengalaman.
b) Majikan
1.
Sikap
negatif majikan
Pihak
majikan juga terlibat dalam isu pengangguran para graduan.Hal ini berkaitan
dengan pihak majikan kerana tujuan siswazah mendapat ijazah adalah untuk
mendapat pekerjaan yang setimpal.Namun sikap negatif majikan,terutamanya
majikan Melayu yang berpendapat graduan bumiputera kurang berdaya
saing.Keputusan dalam transkip graduan bumiputera kurang memuaskan berbanding
dengan keputusan siswazah bukan bumiputera.Keadaan ini menyebabkan ramai
siswazah bumiputera menganggur dan sukar bersaing untuk mencari peluang
pekerjaan yang sesuai dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.
2.
Sikap
mengutamakan pengalaman
Sikap majikan yang juga
mengutamakan pengalaman juga menyebabkan ramai graduan menganggur. Graduan baru
tidak diberi peluang untuk mencuba kerana sesetengah majikan berpendapat mereka
tidak mahu menanggung sebarang kerugian yang disebabkan oleh kekurangan
pengalaman pekerja. Bagi mereka, pengalaman adalah penting untuk memudahkan
urusan kerja. Pekerja yang berpengalaman tidak perlu menjalani pelbagai latihan
dan kursus kerana dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.
Ini membantu mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh majikan.Namun tindakan
majikan ini telah membawa kerugian kepada negara kerana jumlah pengangguran
semakin meningkat dan jumlah pendapatan per kapita negara jatuh.
c) Institusi Pengajian
1.
Kekurangan
latihan industry
Kekurangan
latihan industri yang disediakan oleh pihak institusi pengajian dengan
kerjasama syarikat-syarikat atau pertubuhan bukan kerajaan tidak membantu
graduan mengharungi cabaran-cabaran industri. Oleh itu siswazah tidak mendapat
pendedahan awal berkaitan dengan prospek pekerjaan dan tidak dapat memenuhi
standard yang telah ditetapkan oleh dunia luar. Kesannya tahap saing siswazah
adalah rendah dan tidak dapat menandangi persaing daripada institusi yang lain
yang banyak memberi latihan industri.
2.
Kursus
yang tidak diiktiraf
Sesetengah
pihak pengajian juga menawarkan kursus-kursus yang tidak diiktirafkan oleh
kerajaan. Kini terdapat beratus-ratus institusi pengajian yang muncul
terutamanya institusi pengajian swasta yang boleh diibaratkan seperti cendawan
yang tumbuh selepas hujan. Hakikatnya lambakan institusi pengajian ini bermain
dengan kata-kata apabila menawarkan jurusan yang tidak mendapat pengiktirafan
dan memenuhi perspesifikasi perkerjaan yang ditetapkan. Kesimpulannya institusi
pengajian masa kini lebih mementingkan keuntungan berbanding fungsi yang
menawarkan perkhidmatan pendidikan
.
KESAN PENGANGGURAN TERHADAP SISWAZAH(EKONOMI)
1. Mengurangkan pendapatan negara.
Apabila kadar pengangguran adalah
tinggi, maka pendapatan atau keuntungan pengusaha akan berkurangan. Ini akan
mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat yang dapat
dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan negara.
2. Menambahkan kadar kemiskinan
Pengangguran yang tinggi kadarnya
akan meningkatkan kadar kemiskinan dalam negara. Kerajaan terpaksa merancang
beberapa program untuk mengatasi masalah kemiskinan. Ini akan menjejaskan usaha
kerajaan untuk memajukan negara Malaysia.
3. Tekanan jiwa
Siswazah yang menganggur akan
menghadapi masalah tekanan jiwa dalam kehidupan yang diberi oleh ahli keluarga
dan masyarakat dan tiada keyakinan diri. Maka, mereka berpendapat bahawa
masyarakat akan memandang rendah terhadap mereka dan seterusnya berasa rendah
diri.
4. Ketidaktenteraman dalam keluarga.
pengangguran juga akan mewujudkan keadaan ketidaktenteraman dalam
keluarga. Contohnya, pengangguran yang berlaku akan menyebabkan berlakunya
pergaduhan dan pertelingkahan antara anggota keluarga yang akhirnya membawa
kepada keruntuhan rumah tangga.
5. Gejala sosial meningkat
Gejala sosial dalam kalangan siswazah akan meningkat sekiranya berlaku
pengangguran. Akibat dari masalah kewangan yang dihadapi pengangguran, maka mereka
sanggup melakukan kegiatan seperti merompak, membunuh dan sebagainya untuk
memperoleh wang.
Langkah
1.
Mengubah
sikap
Sikap
siswazah itu sendiri perlu berfikir secara professional dan janganlah bersikap
negatif terhadap sesuatu pekerjaan.
2.
Pihak
kerajaan
Kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) perlu mengadakan kursus khas atau perancangan tegas kepada graduan
daripada menyediakan pekerja untuk sektor awam atau swasta. Golongan yang masih
belajar perlu memilih bidang pengajian yang boleh disesuaikan dengan penawaran
kerja di pasaran. Graduan perlu memperbaiki kelemahan berbahasa Inggeris untuk
memberi diri kelebihan mendapat pekerjaan. Oleh itu, kerajaan haruslah
menaikkan taraf pendidikan dan juga terus mempromosikan kepentingan Bahasa
Inggeris di kalangan siswazah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteasalamualaikum saya mohon untuk copy&paste ya.
ReplyDelete❤️❤️❤️
ReplyDelete😱
ReplyDelete